Malaysia

Kes libas parang di pusat beli-belah di Seremban ada unsur gangsterisme – Polis

Insiden mengejutkan di sebuah pusat beli-belah di Seremban pada malam Isnin dipercayai berpunca daripada unsur gangsterisme dan dendam peribadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa, lelaki berusia 40 tahun, sedang berehat sambil merokok seorang diri dalam bangunan pusat beli-belah tersebut.

Mangsa kemudian didatangi sekumpulan lelaki kira-kiram jam 7 malam yang salah seorangnya bersenjatakan parang sebelum mengejarnya dan melibas berulang kali.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kedua-dua lengan, belakang badan dan kaki kanan sempat melarikan diri dan diselamatkan rakannya sebelum dikejarkan ke hospital. Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Polis kini menyiasat kes di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, dan tidak menolak kemungkinan kuat bahawa motif serangan ini berpunca daripada dendam lama.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker