Kes mati akibat strok haba meningkat di Thailand, amaran tertinggi dikeluarkan

Strok haba telah meragut 212 nyawa di Thailand dalam tempoh enam tahun yang lepas dengan purata 27 nyawa terkorban setiap tahun.
Peningkatan kes tersebut telah mendorong Jabatan Kesihatan negara itu mengeluarkan amaran tahap tertinggi dengan empat wilayah selatan kini berada dalam kategori bahaya ekstrem.
Jabatan Kesihatan Thailand baru-baru ini menggesa orang ramai agar berwaspada terhadap risiko strok haba susulan peningkatan kes kematian berkaitan cuaca panas.
Data sejak 2019 hingga 2024 merekodkan purata 27 kematian setahun, dengan majoriti mangsa melibatkan lelaki berumur antara 41 hingga 60 tahun yang mempunyai penyakit sedia ada, terlibat dalam aktiviti luar, atau mengambil alkohol.
Bagi tahun 2025, sebanyak 32 kes penyakit berkaitan haba telah dilaporkan bersamaan 0.07 kes bagi setiap 100,000 penduduk dengan pihak berkuasa kini mengarahkan pemantauan rapi di kawasan berisiko tinggi.