Malaysia

Kes pelajar maut di Cyberjaya disiasat sebagai kes bunuh, tiada unsur rogol

Polis mengesahkan kes kematian pelajar wanita berusia 20 tahun di sebuah universiti swasta di Cyberjaya kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ia selepas hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, siasatan forensik juga mengesahkan tiada unsur rogol dan tiada kesan pecah masuk ke bilik asrama mangsa.

Mangsa yang merupakan pelajar jurusan fisioterapi ditemui rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 10.28 pagi, 24 Jun lalu.

Mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Serdang untuk bedah siasat, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker