Malaysia
Kes rumah amal GISBH:13 kanak-kanak bawah 17 tahun diliwat – KPN
Kuala Lumpur, Sept 13 – Seramai 13 kanak-kanak yang menginap di rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) disyaki pernah diliwat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata sembilan individu dikenal pasti diliwat dan selebihnya pihaknya sedang siasat.
Katanya, ia berdasarkan saringan perubatan yang dijalankan terhadap 13 mangsa itu yang menghuni di 20 rumah perlindungan yang dikaitkan dengan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
Saringan dijalankan dengan bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mengulas beliau berkata, kesemua mangsa liwat terdiri berusia bawah 17 tahun.