Malaysia

Kes samun Klang: 10 suspek ditahan, termasuk seorang wanita

Kuala Lumpur, Oct 8 – Sepuluh suspek berjaya ditahan polis, termasuk seorang wanita, dipercayai terlibat kejadian samun dan bersenjata di rumah seorang ahli perniagaan di Pandamaran, Klang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata menerusi op casa kesemua suspek berusia 23 hingga 46 tahun termasuk ketua kumpulan ditahan di Mantin, Negeri Sembilan dan di Lembah Klang.

Katanya, ketua kumpulan yang berusia 30-an, mempunyai 14 rekod jenayah termasuk dua kes bunuh dan satu cubaan bunuh.

“Kumpulan terdiri daripada 10 hingga 12 individu itu disifatkan ganas dan berbahaya dengan aktif melakukan jenayah sejak setahun lepas sekitar Klang Selatan dan Negeri Sembilan.

“Kita telah mengikuti kumpulan ini sejak awal tahun lagi. Mereka akan bertindak lebih daripada samun iaitu mencederakan mangsa sekiranya digugat,” katanya pada sidang media.

Mengulas beliau ujar, kesemua suspek terlibat kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker