Kuala Lumpur, Sept 25 – B Sathiskumar atau lebih dikenali sebagai Dulal Brother, dijatuh hukuman penjara 1 tahun kerana bersalah membuat hantaran komunikasi lucah serta mengaibkan ibu pempengaruh TikTok Rajeswary atau Esha yang ditemukan maut dipercayai dibuli,pada Mei lalu.
Sumber mengesahkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan serentak dari tarikh tangkapan 10 Julai lalu.
Sebelum dijatuhkan hukuman, tertuduh sempat memohon maaf dan mengakui kesalahannya serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
Berdasarkan pertuduhan pertama, bapa kepada tiga anak itu,didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang lucah sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Tiktok.
Hantaran itu dibaca pada 10.15 malam di Jalan Ipoh, 30 Jun lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama.