Malaysia

Kes tembakan di Brickfields, Cheras ada elemen kongsi gelap – Polis

Siasatan awal polis mendapati kejadian dua kes tembakan dalam tempoh empat hari di Brickfields dan Cheras baru-baru ini menunjukkan kedua-duanya membabitkan elemen kongsi gelap.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad bagaimanapun berkata, pihaknya tidak pasti sama ada suspek diupah ataupun tidak selepas siasatan awal dijalankan.

Katanya menerusi laporan Harian Metro, siasatan masih berjalan dan usaha memburu kesemua suspek sedang giat dijalankan.

Media sebelum ini melaporkan, polis memberi jaminan tahap keselamatan di ibu negara masih terkawal dan aman walaupun berlaku dua kes tembakan dalam tempoh empat hari di Brickfields dan Cheras baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, kedua-dua kes tembakan yang berlaku dipercayai mempunyai sasaran tertentu akibat perseteruan.

Menurutnya, orang ramai di sekitar ibu negara tidak perlu bimbang dengan keselamatan dan ketenteraman awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker