Kes tembakan di Ipoh libatkan jenayah terancang – Polis

Kes pembunuhan seorang lelaki berusia 57 tahun yang ditemui maut dengan kesan tikaman dan tembakan di sebuah rumah di Taman Tasek Damai, Ipoh minggu lalu kini disiasat sebagai jenayah terancang.
Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengambil alih siasatan berikutan petunjuk awal yang menunjukkan kes ini melibatkan sindiket jenayah yang lebih besar, melangkaui jenayah individu biasa walaupun berlaku di Perak.
Mangsa sebelum ini ditemui terlentang berlumuran darah di dapur rumahnya dengan kesan tikaman di perut dan dada. Bedah siasat turut mendedahkan adanya kesan tembakan di dada kiri yang dipercayai menjadi punca kematian.
Polis sebelum ini telah menahan anak lelaki mangsa bagi membantu siasatan, manakala fokus kini tertumpu kepada membongkar dalang sebenar jenayah terancang yang dipercayai terkait dalam kes pembunuhan kejam ini