Malaysia

Kes Zara Qairina: Lima remaja mengaku tidak bersalah guna perkataan mencela 

Lima remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina Mahathir, pada Julai lepas.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elsie Primus sebelum kesemua tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan deposit RM1,000 bersama penjamin tempatan.

Katanya, hanya perkara itu boleh didedahkan, manakala hal lain yang berkaitan dengan prosiding tidak boleh didedahkan berikutan perintah larangan dikeluarkan mahkamah.

Mahkamah menetapkan 25 September 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker