Ketua Polis Johor nafi video tular persaraanya; Tindakan akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab

Kuala Lumpur, Nov 9 – Polis Johor menafikan video tular membabitkan persaraan Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, di Tik Tok.
Kumar berkata, beliau masih menjalankan tugas seperti biasa demi keselamatan dan kesejahteraan awam di negeri Johor,serta menjelaskan video itu tidak benar.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga mecetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Kumar juga memaklumkan bahawa, maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepemimpinan Polis akan diumumkan menerusi saluran rasmi PDRM sahaja.
Mengulas beliau ujar, pihaknya memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih itu dan akan mengambil tindakan sewajar terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
Difahamkan, menerusi video tular berdurasi satu minit itu, ia memaparkan Ketua Polis Johor menghadiri Majlis Meraikan Pesara dan bakal Pesara Kontinjen Johor 2024 di IPD Iskandar Puteri.