Malaysia
Khaby Lame keluar dari AS secara sukarela

Khaby Lame, bintang TikTok paling popular dunia dengan lebih 162 juta pengikut, kini menetap semula di Itali selepas secara sukarela meninggalkan Amerika Syarikat (AS).
Tindakan itu diambil selepas beliau ditahan oleh pihak Imigresen AS di Las Vegas kerana didakwa melanggar syarat visa semasa lawatannya untuk menghadiri Met Gala.
Khaby, yang dilahirkan di Senegal dan membesar di Itali, memilih untuk keluar dari AS bagi mengelakkan perintah pengusiran rasmi yang boleh menyekat kemasukannya semula ke negara itu.
Mula dikenali semasa pandemik menerusi video diam yang menyindir “life hack” berlebihan, Khaby kini merupakan warganegara Itali dan duta muhibah UNICEF sejak Januari.