Kuala Lumpur, Julai 28 – Baru-baru ini tular di media sosial, atlet-atlet dari persada dunia memperkongsikan kit Olimpik berjenama, yang mereka terima bagi menyertai sukan olimpik Paris yang kini sedang berlaku di Perancis.
Tinjauan Telus di media sosial dapati, atlet daripada negara Amerika Syarikat memperkongsikan kit Olimpik yang diterima menerusi 4 bagasi penuh dengan produk seperti Ralph Lauren,Nike dan barang-barang yang berjenama yang lain seperti topi,cermin mata, botol air, kasut, bag kecil, dan banyak lagi.
Selain itu, atlet daripada Australia pula menerima 2 bagasi besar penuh dengan kit Olimpik terdiri daripada baju sukan, kasut sukan, selipar, dan lain-lain barang khas disediakan oleh kerajaan negara itu khusus untuk atlet negara mereka.
Pada masa sama, atlet negara Canada pula dilihat mendapat Olimpik kit dengan warna merah yang melambangkan bendera negara mereka yang cantik serta menarik perhatian orang ramai di alam maya.
Susulan perkongsian video-video itu di media sosial, warga tempatan mula komen meluahkan kekecewaan pakaian dan kit Olimpik yang diterima oleh pasukan kontinjen Malaysia, katanya pakaian yang dikenakan untuk pembukaan Olimpik tahun ini kurang menarik dan tidak menunjukkan kepelbagaiaan dan keunikan negara Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum.
Ada juga komen berkata, kit Olimpik yang diterima oleh pasukan negara lain sangat cantik dan menawan, atlet negara sepatutnya menerima barang-barang seperti itu kerana mereka merupakan aset utama negara yang mewakili Malaysia dan seharusnya disanjungi serta dihargai.