Malaysia

KJ ziarah pusara Tun Abdullah, majlis tahlil diteruskan malam ini

Menantu kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin, dilihat menziarahi pusara bekas Perdana Menteri kelima itu di Makam Pahlawan, Masjid Negara, sekitar jam 6.30 petang semalam.

Kehadiran Khairy bersama anak lelakinya, Timor Abdullah Jamaluddin, menyentuh hati apabila beliau berhenti seketika di pusara Allahyarham, menadah tangan dan berdoa.

Sebelum memasuki dewan solat utama, Khairy turut menyantuni jemaah yang hadir dan menerima ucapan takziah serta kata-kata semangat daripada orang ramai.

Majlis tahlil pada Rabu diadakan selepas solat Maghrib di Masjid Negara dengan kehadiran kira-kira 400 jemaah yang sama-sama menghadiahkan bacaan doa kepada Allahyarham.

Majlis tahlil akan diteruskan untuk malam ini selepas solat Maghrib, turut disertai dengan bacaan Yasin sebagai penghormatan berterusan buat Allahyarham Tun Abdullah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker