KK Mart ketengah kesedaran dementia menerusi “Kesetiaan Kasih Mama”

KK Supermart mengambil inisiatif meningkatkan kesedaran tentang dementia dan Alzheimer menerusi kempen video Raya bertajuk ‘Kesetiaan Kasih Mama’.
Video berkenaan menyentuh cabaran pesakit dan keluarga dalam menghadapi penyakit ini, sekali gus menyerlahkan kepentingan kasih sayang serta sokongan masyarakat.
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat, KK Supermart memperuntukkan RM100,000 untuk kempen ini.
Menerusi kenyataan media, syarikat itu turut memaklumkan kerjasama dengan Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM) dan UKM untuk menyediakan ruang mesra dementia di beberapa cawangan serta menyokong penyelidikan berkaitan penyakit itu.
Majlis Berbuka Puasa di Kelab Golf Negara Subang (KGNS) yang pada Isnin menyaksikan tayangan perdana kempen tersebut dan ia mendapat sambutan positif daripada tetamu.