Malaysia
KK Mart pecat serta-merta selepas simbah air panas pada anjing

KK Super Mart bertindak tegas dengan memecat kakitangannya yang terlibat dalam kejadian menyimbah air panas ke arah seekor anjing di luar premisnya di Menglembu, Perak.
Insiden yang tular di media sosial itu mencetuskan kecaman netizen dan laporan polis telah dibuat.
Dalam kenyataan rasmi, KK Super Mart menegaskan pihaknya tidak bertolak ansur terhadap kekejaman haiwan.
Siasatan dalaman telah dijalankan, dan individu terbabit dipanggil ke ibu pejabat sebelum kontraknya ditamatkan serta-merta.
Selain itu, KK Super Mart telah menghubungi pemilik pusat penjagaan haiwan dan bersedia menanggung kos rawatan anjing tersebut.
Mereka juga berjanji untuk memperketat pemantauan bagi mengelakkan kejadian serupa.