Malaysia

KKM Larang Jualan Gula-Gula Kenyal Bentuk Mata di Semua Platform

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang penjualan gula-gula kenyal berbentuk mata di semua platform selepas kejadian seorang murid, Fahmi Hafiz Fakhruddin, maut akibat tercekik.

Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk akan dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983. KKM mendapati produk ini melanggar keperluan pelabelan yang ditetapkan.

Menurut KKM, hanya konfeksi jeli terkawal dengan diameter 45mm atau kurang perlu dilabel dengan amaran risiko tercekik serta tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.

KKM turut menasihatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan anak-anak, terutamanya yang berisiko tercekik, seperti makanan keras, kenyal, kecil, atau berbentuk bulat.

Fahmi, murid Tahun 4 SK Sungai Dua, Butterworth, tercekik selepas membeli gula-gula tersebut di luar sekolah dan meninggal dunia malam tadi setelah berada dalam keadaan kritikal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker