Malaysia
KKM tidak akan kompromi kes buli tempat kerja – Dr Dzulkefly
Kuala Lumpur, Oct 17 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tegas tidak akan kompromi dengan budaya buli di tempat kerja terutamanya di hospital awam.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad tegas menyatakan bahawa pihaknya pernah memecat ketua jabatan bergred Jusa selepas siasatan mendapati berlaku kejadian berkenaan.
Tambah beliau, siasatan akan dilakukan oleh badan bebas terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Dr Tay Tien Yaa yang meninggal dunia pada 29 Ogos lalu dan dilapor dibuli di tempat kerja.
KKM meneliti perkara itu dan memutuskan penubuhan satu Pasukan Petugas Khas pada 10 Oktober setelah selesai siasatan dalaman pihak KKM sejurus kematian doktor itu.