Malaysia

KL Hop-On Hop-Off sedia terima jutaan pelancong menjelang TMM2026

Ibu kota Kuala Lumpur bukan sahaja menjadi hab pelancongan bertaraf dunia, tetapi juga menjadi sebuah destinasi yang menterjemah pelbagai warisan budaya dan keunikan yang tersendiri.

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), Tourism Malaysia menyediakan pelbagai tawaran dan kemudahan sebagai menerima kedatangan jutaan pelancong dari seluruh dunia.

Antara yang menarik adalah penambahan bas KL Hop-On Hop-Off bagi menampung lebih ramai penumpang dan dilengkapi dengan kemudahan yang mesra pengguna terutama dari China, India dan Indonesia.

Dengan perjalanan mengambil masa kia-kira dua jam, penumpang akan menaiki bas bermula dari hentian di Sungei Wang Plaza dan akan menelusuri hampir 30 destinasi menarik di Kuala Lumpur.

Pada Ahad, Tourism Malaysia juga menggerakkan aktiviti promosi bersama pengamal media sebagai persiapan untuk melangkah masuk 2026 dengan sasaran lebih 35 juta pelancong antarabangsa.

Tourism Malaysia turut menonjolkan destinasi berdekatan yang sesuai untuk lawatan singkat dari Kuala Lumpur, di samping memperkenalkan keunikan negeri lain seperti George Town di Pulau Pinang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker