Malaysia

KLIA 2 tidak dapat diakses pada Selasa, Khamis sempena lawatan Xi Jinping

Laluan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 tidak dapat diakses oleh pengguna jalan raya semasa tempoh penutupan jalan sementara, pada Selasa dan Khamis.

Sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta KLIA Terminal 2 akan ditutup kepada kenderaan.

Penumpang hanya boleh akses Terminal 2 melalui KLIA Transit dari Terminal 1 dan penumpang yang tiba di Terminal 2 perlu menaiki KLIA Transit ke Terminal 1 untuk perjalanan seterusnya.

Penutupan jalan sepenuhnya akan dilaksanakan pada 15 April bermula 6 petang hingga 7 malam dan pada 17 April dari 8.50 pagi hingga 9.50 pagi melibatkan Lebuh KLIA, Lebuhraya ELITE, Lingkaran Putrajaya, Lebuh Putrajaya-Dengkil, Persiaran Selatan, Lebuh Gemilang, Jalan P5.

MAHB menasihatkan semua penumpang untuk merancang perjalanan mereka ke dan dari lapangan terbang di luar waktu penutupan jalan bagi mengelakkan kelewatan.

Bagi mereka yang perlu memandu, laluan alternatif yang disarankan adalah melalui Lebuhraya ELITE (E6) > keluar di Tol Serenia > Kota Warisan (Bulatan Masjid) > Jalan KLIA 1 > Bulatan Charterfield > Terminal 1 KLIA (balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker