KLIA:Aerotrain bakal beroperasi semula pada 31 Januari 2025 – Anthony Loke
Kuala Lumpur, Sept 2 – Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada 31 Januari depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dua daripada tiga buah Aerotrain sudah tiba di KLIA pada minggu lalu.
Katanya, pada ketika ini Aerotrain itu berada dalam fasa pemasangan dan kemudian akan diuji di KLIA sebelum beroperasi sepenuh hujung bulan Januari tahun depan.
Sebelum ini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyatakan projek bernilai lebih RM700 juta itu akan beroperasi 24 jam setiap hari selain dilengkapi pakej penyelenggaraan operasi selama 10 tahun sehingga 2034.
Ini susulan, pada 2 Mac tahun lalu, perkhidmatan Aerotrain dihentikan sementara dan digantikan dengan bas atas faktor keselamatan selepas insiden Aerotrain terkandas kira-kira 3 petang di KLIA sehari sebelum itu, membabitkan 114 penumpang.