Malaysia

KLIA:MH66 mengalami masalah teknikal patah balik

Kuala Lumpur, Sept 2 – Pesawat Malaysia Airlines ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal, berpatah balik ke KLIA Terminal 1 malam tadi.

Menerusi data Flight Radar24, pesawat MH66 berlepas dari KLIA Terminal 1 pada 12.01 tengah malam Isnin ke Seoul, Korea Selatan berbanding jadual asalnya jam 11.30 malam Ahad dan ia kemudiannya difahamkan berpatah balik, selamat mendarat kira-kira 12.34 tengah malam.

Sehingga kini,pengamal media masih menanti kenyataan dikeluarkan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Terdahulu media lapor, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendedahkan masalah komponen mekanikal merupakan antara isu penting yang menjadi punca kepada beberapa insiden teknikal membabitkan pesawat MAB seperti dilaporkan baru-baru ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker