Hiburan

Koleksi lagu raya 2025 semua meriah lain macam

 

Lagu raya terbaru nyanyian Hael Husaini dan Nadeera, ‘Meriah Lain Macam’, semakin mendapat tempat di hati peminat.

Sejak dilancarkan pada 7 Mac lepas, lagu yang dicipta sendiri oleh Hael dan Iqie Hugh ini telah mencatat lebih 5.1 juta tontonan di YouTube dan telah dimainkan lebih 800,000 kali di Spotify.

Ia bukan sahaja menjadi hiasan suasana raya di Malaysia, malah ia turut mendapat sambutan di Indonesia dan Brunei kerana liriknya yang ‘catchy’.

Tahun ini juga merupakan antara tahun yang meriah lain macam dengan himpunan lagu raya dari artis-artis tempatan termasuk biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang melancarkan lagu ‘Raya Nak Ke Mana?’ yang kini menghampiri dua juta tontonan.

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Alif Syukri juga ada mengeluarkan lagu raya yang tidak kurang hebatnya hasil gandingannya bersama Iman Troye yang berjudul ‘Raya ya ya’.

Muzik video lagu ‘Serumpun’ nyanyian Mimi Fly yang liriknya mengambil inspirasi daripada kepelbagaian budaya di alam Nusantara sejak zaman berzaman turut memeriahkan raya tahun ini dengan 2.4 juta tontonan selepas ia dimuat naik semula 19 Mac lepas.

Kehebatan dan keunikan lagu raya yang dikeluarkan ini semestinya memberi makna kemeriahan yang luar biasa bagi seluruh umat Islam yang bakal menyambut Aidilfitri tahun ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker