Malaysia

Konflik Iran-Israel: Trump gesa penduduk kosongkan Tehran

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menggesa penduduk Tehran supaya segera meninggalkan ibu negara Iran susulan peningkatan konflik ketenteraan antara Iran dan Israel.

Gesaan itu dibuat selepas Israel melancarkan siri serangan udara ke atas beberapa sasaran strategik di Tehran sejak Jumaat lalu, termasuk kemudahan yang dikaitkan dengan program nuklear Iran.

Israel turut mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk di beberapa kawasan, memberi amaran berhubung kemungkinan serangan susulan terhadap infrastruktur ketenteraan.

Trump menyatakan pendirian tegas bahawa Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear, sambil menyarankan Tehran kembali ke meja rundingan bagi mengelakkan situasi semakin meruncing.

Dalam masa sama, Setiausaha Pertahanan AS, mengumumkan penghantaran tambahan aset ketenteraan ke rantau Asia Barat bagi memperkukuh pertahanan dan melindungi kepentingan Amerika Syarikat di rantau itu.

Kenyataan Trump dan perkembangan serangan tersebut mencetuskan kebimbangan antarabangsa, dengan beberapa pemimpin negara G7 menyeru agar semua pihak mengelak daripada mencetuskan konflik berskala besar yang boleh menjejaskan kestabilan serantau dan global.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker