Konsert My Chemical Romance ditambah satu malam lagi di SNBJ

Atas permintaan ramai, penganjur konsert kumpulan My Chemical Romance (MCR) di ibu menambah satu malam lagi untuk mengubati kegilaan orang ramai tahun depan.
Hari kedua akan berlangsung pada 1 Mei 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), menjadikan Kuala Lumpur satu-satunya lokasi di Asia yang bakal menyaksikan dua malam berturut-turut persembahan MCR.
Tiket akan mula dijual pada 1 Ogos ini bermula jam 10 pagi. Sebelum ini, tiket sebanyak 60,000 unit habis dijual dalam tempoh hanya satu setengah jam atau 90 minit selepas dibuka pada pukul 11 pagi.
Ramai peminat menyifatkan pengalaman membeli tiket untuk menyaksikan konsert tersebut seperti ‘perang siber’.
Sebelum ini, My Chemical Romance pernah menghiburkan peminat Malaysia dalam jelajah The Black Parade World Tour sekitar tahun 2007-08 di Stadium Merdeka yang menghimpunkan lebih 10,000 peminat.