Malaysia

Kontraktor Rugi RM5.9 Juta Akibat Penipuan Pelaburan di Facebook

Seorang kontraktor kerugian lebih RM5.9 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu melalui iklan di Facebook.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 58 tahun menyertai skim tersebut pada September selepas tertarik dengan iklan “Davidson Kempner Capital Management”.

Mangsa diarahkan memuat turun aplikasi A-Trade melalui Apple Store dan diminta memastikan akaunnya mencukupi untuk membeli unit saham serta mematuhi arahan transaksi.

“Dalam tempoh September hingga November 2024, mangsa membuat 30 transaksi berjumlah RM5 juta lebih ke lapan akaun syarikat secara berperingkat,” katanya.

Mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima pulangan dan membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker