Kos Sara Hidup Isi Rumah Tertinggi di Lembah Klang Cecah RM6,490 Sebulan

Lima kawasan di Lembah Klang, termasuk Petaling, Gombak, Klang, Putrajaya, dan Kuala Lumpur, direkodkan sebagai kawasan dengan kos sara hidup bulanan asas (PAKW) tertinggi di Malaysia.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, isi rumah di kawasan tersebut memerlukan antara RM5,188 hingga RM6,490 sebulan untuk menyara keluarga empat orang. Petaling mencatat kos tertinggi diikuti Kuala Lumpur dan Johor Baru.
Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) mengukur perbelanjaan bulanan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas dan aktiviti sosial. Nilainya bergantung kepada lokasi dan demografi seperti umur, jantina, dan saiz isi rumah. Secara purata, PAKW nasional pada 2023 adalah RM4,729 sebulan.
Jabatan perangkaan malaysia turut menyatakan kawasan luar bandar mencatat PAKW lebih rendah, berbanding kawasan bandar.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menjelaskan PAKW boleh menjadi panduan untuk menilai kos sara hidup di kawasan tertentu dan membantu perancangan gaji, bantuan kerajaan, serta program CSR.