Malaysia

KPDN: 375 liter petrol disorok dalam reban ayam dirampas di Kelantan

Kuala Lumpur, Julai 12 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor telah merampas 375 liter petrol dalam serbuan di Kampung Geting, di Kelantan semalam.

Menurut Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, kesemua bahan api berkenaan disembunyikan di dalam reban ayam dalam satu kawasan perkuburan di kampung berkenaan.

Tambah beliau, pihaknya berjaya mengesan kegiatan pemindahan petrol dari sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback ke beberapa tong plastik di lokasi persembunyian.

Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar pihaknya menemukan beberapa tong berisi petrol disembunyikan di dalam reban ayam selain sejumlah petrol dalam tangki ubah suai pada kereta berkenaan.

Azman turut berkata lokasi itu dipercayai dijadikan transit sementara sebelum tong-tong berisi petrol itu diseludup keluar ke Thailand dan petrol yang berjaya dirampas adalah sebanyak 375 liter dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM5,600 termasuk kenderaan.

Susulan itu, pihak KPDN meminta orang ramai memberi kerjasama dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang berkaitan dengan penyeludupan bahan api dalam radius 50km dari sempadan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker