Malaysia

KPDN mula siasat kereta Singapura isi RON95

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyiasat tindakan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang didakwa mengisi minyak bersubsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Johor Bahru pada Selasa lalu.

Siasatan dijalankan selepas gambar dan video kejadian itu tular di media sosial, memaparkan pemilik kenderaan terbabit sedang mengisi RON95.

Pegawai penguat kuasa telah dihantar ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen berkenaan.

Kejadian itu turut memperlihatkan tindakan seorang lelaki tempatan yang menegur pemandu warga Singapura terbabit agar tidak mengisi minyak bersubsidi.

Tindakan pantas dan berhemah lelaki berkenaan dipuji warganet kerana berjaya menegur tanpa mencetuskan sebarang provokasi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker