Malaysia

KPDN: Pasangan ditahan, jual topi keledar Arai tiruan di Alor Setar, Kedah

Kuala Lumpur, Julai 4 – Penguat kuasa Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menahan pasangan kekasih yang menjual topi keledar berjenama Arai disyaki tiruan menerusi aplikasi TikTok dan Facebook (FB).

Pasangan itu ditahan dalam serbuan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah bersama wakil syarikat di sebuah rumah di Alor Setar Kedah semalam.

Menurut Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, serbuan itu dilakukan selepas aduan dan hasil risikan yang dilakukan sejak Februari lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati pihaknya menemukan sebanyak 95 topi keledar, 133 unit beg sarung topi keledar dan lain-lain barangan yang mempunyai label jenama yang disahkan tiruan oleh wakil syarikat.

Kesemua barangan disita dengan nilai rampasan dianggar bernilai lebih RM16,000 dan pasangan berusia 30-an itu ditahan dan kemudian dilepaskan selepas diambil keterangan,.

Mengulas lanjut,Nizam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan turut menasihati orang ramai supaya  tidak menjual atau menawarkan apa-apa barangan yang tidak berdaftar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker