KPDN serbu 14 premis jual aksesori telefon bimbit tiruan
Kuala Lumpur, Oct 22 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu 14 premis berasingan di sembilan negeri dalam negara ke kedai menjual pelbagai aksesori telefon bimbit disyaki tiruan pada minggu lalu.
Serbuan itu dilakukan secara bersepadu oleh anggota penguat kuasa membabitkan nilai rampasan lebih RM60,000.
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata, serbuan itu dijalankan susulan aduan diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar yang berkaitan serta risikan awal yang dilakukan oleh pihak KPDN.
Katanya, kesemua premis terbabit disyaki membekalkan aksesori telefon bimbit tiruan dengan berselindung di sebalik syarikat yang membekalkan aksesori telefon asli, membabitkan pemilikan oleh syarikat yang sama dalam negara.
Tambah beliau, sebanyak 13 kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut dan turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menjual barangan yang tidak mendapat kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah kerana ia merupakan suatu kesalahan yang serius.