Malaysia

KPKM: Beras dijual dalam talian diperoleh dari sumber tidak sah

Kuala Lumpur, Julai 3 – Sebanyak 94 iklan berkaitan penjualan beras secara dalam talian telah diturunkan kerana tidak memiliki lesen runcit yang sah.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, semakan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) mendapati penjual beras tersebut tidak mempunyai lesen runcit yang dikeluarkan badan berkenaan.

“Padi dan beras adalah barang kawalan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dan peraturan-peraturan di bawahnya.

“Sebarang urus niaga melibatkan barang kawalan di peringkat kilang, borong dan runcit termasuk jualan secara dalam talian memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah KPB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, kenyataan itu turut berkata, beras yang dijual kepada pengguna dalam talian disyaki adalah beras yang dibawa masuk ke dalam negara tanpa mendapat kelulusan kerajaan.

Justeru itu, pihak KPB akan sentiasa memantau aktiviti penjualan beras menggunakan platform dalam talian dengan kerjasama penyedia platform e-dagang berkenaan bagi membendung aktiviti berkenaan terus berleluasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker