
Kuala Lumpur, Sept 30 – Kementerian Pendidikan Malaysia bekerjasama dengan syarikat Panasonic iaitu rakan strategiknya, melancarkan inisiatif bidet pertama bagi memperkasakan kebersihan tandas sekolah dalam negara menerusi kempen ‘Rakan Bersih Ceria’.
Inisiatif ini bertujuan menangani isu kebersihan tandas di Malaysia dimana Panasonic akan memasang kemudahan bidet di sekolah bagi memberi pendedahan standard serta tabiat kebersihan yang baik dalam kalangan murid sekolah.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan, Sumber Pendidikan dan Teknologi Aniza Kamarulzaman berkata inisiatif selaras dengan peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan untuk membaik pulih tandas di sekolah dalam negara.
Beliau berkata demikian, selepas menyempurnakan Pelancaran
Inisiatif Bidet Pertama Seumpamanya di Malaysia sekitar Ibu Kota hari ini bersama Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.