Malaysia
KPM Pertimbang Jadual Baharu SPM Elak Musim Tengkujuh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menjadualkan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar tidak berlangsung pada musim tengkujuh.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata cadangan itu akan dibincangkan dan diperhalusi kerana jadual SPM kini sering terkesan oleh banjir.
“Kami akan meneliti cadangan ini kerana ia menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap pelajar yang terkesan,” katanya selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas hari ini.
Keputusan akan dibuat berdasarkan penelitian lanjut terhadap keperluan semasa.