Malaysia

KPN dituntut siasat semula kes mendiang Soosaimanicckam, kadet TLDM meninggal dunia semasa menjalani latihan

Kuala Lumpur, Ogos 8 – Lawyers For Liberty (LFL) bersama 29 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar satu memorandum ke Bukit Aman mendesak Ketua Polis Negara (KPN) menyiasat semula kes kematian Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), J. Soosaimanicckam sewaktu menjalani latihan pegawai kadet di Lumut, Perak pada 19 Mei 2018.

Peguam LFL, Zaid Abd Malek yang mewakili kes itu berkata, memorandum itu ditujukan kepada KPN untuk melakukan siasatan kematian mendiang di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, abang mendiang, Charles Joseph mahu polis membela dan memberikan keadilan atas kematian adiknya.

Memorandum itu menyatakan, pemeriksaan kesihatan yang diambil oleh Soosaimanicckam adalah sebagai pra-syarat latihan kadet yang mendapati beliau tidak mempunyai sebarang penyakit dan disahkan berada dalam keadaan yang sihat.

Keluarga mangsa sudahpun membuat laporan polis menuntut satu siasatan pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan keputusan Mahkamah Tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker