Malaysia
KPN:Orang ramai diminta tidak buat spekulasi, penahanan ibu bapa Zayn Rayyan
Kuala Lumpur,Jun 2 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung penahanan ibu bapa kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh, Disember tahun lalu.
Menurut sumber, Tan Sri Razarudin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas menahan reman ibu bapa mangsa sehingga 7 Jun.
Mengulas lanjut berliau berkata, setakat ini tangkapan hanya dilakukan terhadap ibu bapa mangsa sahaja dan tiada tangkapan lain dibuat
Terdahulu, media laporkan penahanan ibu bapa Zayn Rayyan di Puncak Alam, Selangor, yang disahkan berkaitan pembunuhan kanak-kanak autisme itu.