Malaysia

KPT akan bekerjasama dengan KPM pastikan pelajar cemerlang SPM 10 A dapat tempat pengajian yang sewajar – Zambry

Kuala Lumpur, Julai 1 – Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi akan bekerjasama dalam usaha memastikan pelajar cermelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima 10 A dan ke atas untuk mendapat tempat pengajian yang sewajarnya bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan akan pastikan setiap pelajar yang berusaha berjaya dalam peperiksaan SPM akan mendapat tempat pengajian yang sewajarnya bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Susulan itu, beliau berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan peluang pelajar SPM yang mendapat keputusan 10 A ke atas bagi melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi tanpa mengira kaum, latar belakang atau kawasan.

Zambry berkata demikian selepas menghadiri pertemuaan bersama ketua pengarang media tempatan anjuran Kelab Concorde oleh Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan menjamin semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker