Uncategorized

Krisis Rohingya: EU hulur AS$70.9 juta

Kesatuan Eropah (EU) menyalurkan (AS$70.9 juta) tahun ini bagi membantu pelarian Rohingya dan masyarakat tuan rumah di Bangladesh.

Bantuan itu diumumkan ketika krisis pembiayaan semakin meruncing bagi komuniti Rohingya, yang kini berjumlah lebih 1.2 juta di Cox’s Bazar sejak melarikan diri dari Myanmar pada 2017.

Pemimpin Pemerintah Peralihan, Muhammad Yunus, menegaskan komitmen Bangladesh dalam menangani isu tersebut dan berharap perhatian antarabangsa dapat ditingkatkan, terutama dengan lawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, yang dijadualkan pada 13-16 Mac.

Meskipun dana tersebut lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, Pesuruhjaya EU, Hadja Lahbib, mengakui dana itu masih tidak mencukupi untuk mengelakkan kemerosotan ketara yang berlaku di kem pelarian,

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker