Malaysia

KTMB jual lagi 12,600 tiket ETS untuk balik kampung

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 12,600 tiket ETS tambahan bagi memenuhi permintaan tinggi sempena Aidilfitri, dengan jualan bermula pagi Selasa.

Empat tren tambahan akan beroperasi dari 28 Mac hingga 6 April, dengan dua perjalanan bagi laluan KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral dan dua lagi bagi KL Sentral – Butterworth – KL Sentral.

Setiap hari, 1,260 tempat duduk disediakan, termasuk kelas perniagaan.

Tiket boleh dibeli secara tanpa tunai melalui aplikasi KITS, laman web www.ktmb.com.my, atau mesin kios KTMB. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-9779 1200 atau layari media sosial rasmi KTMB.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker