Malaysia
KTMB:Aktiviti tebang pokok punca operasi tren KTM, ETS terjejas pada Jumaat lalu

Kuala Lumpur, Oct 28 – Aktiviti penebangan pokok oleh pihak ketiga berhampiran landasan kereta api menjejaskan operasi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter pada Jumaat lalu.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi satu kenyataan berkata kejadian itu menyebabkan laluan ETS dan KTM Komuter Lembah Klang mengalami kelewatan lebih satu jam.
Katanya, insiden ini menjadi punca alat talian atas terputus.
Berikutan gangguan itu, 13 tren ETS mengalami kelewatan pada hari berkenaan dengan jumlah penumpang lebih 3,000 orang.
Susulan itu, KTMB melakukan kerja-kerja baik pulih dan operasi tren kembali seperti biasa, serta memohon maaf atas kelewatan tren mereka.