KUSKOP: Geran khas diperuntukan bagi koperasi komuniti India yang hadir PKKI 2024 – Ramanan
Kuala Lumpur, Oct 14 – Semua koperasi komuniti India yang menyertai Persidangan Koperasi Komuniti India (PKKI) 2024 semalam, kini boleh memohon geran sebanyak RM30,000
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ramanan Ramkrishnan, berkata inisiatif ini merupakan hasil kerjasama KUSKOP dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Ramanan berkata demikian selepas merasmikan persidangan di Menara Kembar Bank Rakyat, semalam.
Katanya, sesebuah koperasi boleh memperolehi nilai geran sehingga RM30,000 dan permohonan akan diteliti mengikut keperluan.
Ahli parlimen Sungai Buloh itu turut berharap lebih banyak koperasi bagi masyarakat India dapat diwujudkan iaitu koperasi sekuriti makanan,koperasi agro, dan koperasi kredit.
Beliau turut berkata, sehingga Disember tahun lalu, terdapat lebih 400 buah koperasi yang melibatkan komuniti india telah ditubuhkan dan kira-kira 200 pertubuhan yang menyertai persidangan itu semalam boleh memohon untuk geran tersebut.
Pada masa sama, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM7 juta untuk Tabung Modal pusingan.
Dengan itu, Ramanan berharap untuk melihat lebih banyak koperasi komuniti India dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian sehingga berjaya tersenarai dalam 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada masa akan datang.