Malaysia

KUSKOP:Bank Rakyat tawar pembiayaan RM50 juta bantu usahawan India – Ramanan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Bank Rakyat memperuntukkan RM50 juta melalui Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) khususnya untuk usahawan India bagi memboleh mengembangkan perniagaan mereka.

Timbalan menterinya, Ramanan Ramakrishnan berkata, inisiatif baharu ini dilakukan bagi memperkasakan ekonomi
kaum India yang menjalankan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi penyediaan modal kerja dan perbelanjaan modal untuk membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan yang merangkumi pelbagai sektor.

Tambah beliau, BRIEF-i ini adalah bukti dedikasi Bank Rakyat terhadap inklusiviti serta pembangunan sosioekonomi masyarakat Malaysia secara holistik dan menyeluruh sejak 70 tahun penubuhannya, selain merupakan peluang untuk usahawan komuniti India mencapai aspirasi Kerajaan dalam membasmi kemiskinan tegar.

BRIEF-i juga menawarkan kadar rata 6.50% setahun dengan had pembiayaan antara RM1,000 hingga RM50,000, bagi PKS, kadar pembiayaan adalah pada kadar asas pembiayaan 0.67% setahun, termasuk yuran jaminan dengan had antara RM50,001 hingga RM1 juta.

Mengulas lanjut, beliau berkata, permohonon boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi Bank Rakyat dan QR2E (Quick Response to Entrepreneurs) di www.bankrakyat.com.my serta boleh mengunjungi mana-mana Pusat Perbankan Perniagaan Bank Rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker