Kwong Wah Yit Poh pula disiasat isu Jalur Gemilang

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil pihak pengurusan media berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, susulan penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di akaun Facebook rasmi mereka hari ini.
MCMC memaklumkan siasatan sedang dijalankan dan memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang mempersenda atau menyelewengkan simbol negara.
Suruhanjaya itu menegaskan perbuatan memaparkan bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan sensitiviti rakyat.
MCMC turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia sekiranya siasatan lanjut diperlukan.
Tegas MCMC, penggunaan media digital di negara ini mesti kekal tertib dan menghormati simbol kebangsaan.