Malaysia

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi 6.3% untuk Akaun Konvensional, Syariah  

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen lebih tinggi sebanyak 6.3% bagi akaun konvensional dan syariah untuk tahun 2024, dengan jumlah agihan sebanyak RM73.24 bilion.

Peningkatan ini berbanding 5.5% (konvensional) dan 5.4% (syariah) pada 2023. Pengerusi KWSP, Zuki Ali, berkata kenaikan ini didorong oleh pemulihan pasaran global dan domestik, pertumbuhan ekonomi yang kukuh, serta pengurusan portfolio yang berkesan.

Setakat 31 Disember 2024, aset pelaburan KWSP meningkat 10% kepada RM1.25 trilion, berbanding RM1.14 trilion pada 2023. Pendapatan pelaburan pula naik 11% kepada RM74.46 bilion.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker