Malaysia

Lagi lambat bersara, lagi sukar anak muda dapat kerja – MBM bimbang cadangan naik had umur persaraan

Majlis Belia Malaysia (MBM) menolak cadangan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun kerana bimbang ia akan menjejaskan peluang pekerjaan anak muda.

MBM berpendapat, langkah itu akan melanjutkan beban kos gaji dan caruman pekerja senior, sekali gus mengurangkan keupayaan majikan untuk mengambil pekerja baharu dalam kalangan belia.

Malaysia kini melahirkan lebih 300,000 graduan setiap tahun, namun ramai masih belum memperoleh pekerjaan tetap.

MBM juga menyuarakan kebimbangan bahawa cadangan ini akan memburukkan jurang generasi dalam pasaran kerja dan tidak mengambil kira keupayaan fizikal sesetengah warga emas untuk terus bekerja.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata cadangan tersebut akan diteliti oleh agensi berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat di peringkat Jemaah Menteri, mengambil kira pelbagai aspek seperti peluang pekerjaan, kos dan kedudukan kewangan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker