Malaysia
Lagi mayat ditemui dalam apartmen di Pulau Pinang

Seorang lelaki berusia 53 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kediaman berkunci di Apartment Gedung Height, Bayan Lepas, George Town, petang Rabu.
Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di dalam bilik apartmen lima tingkat itu selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung kejadian.
Pasukan bomba dari BBP Seri Balik Pulau dipanggil ke lokasi sekitar pukul 4.36 petang bagi membantu membuka pintu yang berkunci.
Operasi turut disertai oleh polis dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di lokasi bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Pintu berjaya dibuka menggunakan peralatan khas, namun mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh KKM.