Malaysia
Lagu ‘Anta Permana’ dendangan Siti Nurhaliza jadi pilihan Raja Charles III

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila lagunya, “Anta Permana”, tersenarai dalam program khas The King’s Music Room di Apple Music, pilihan peribadi Raja Britain, Raja Charles III.
Lebih membanggakan, Siti Nurhaliza berdiri sebaris dengan bintang antarabangsa seperti Beyoncé, Bob Marley, Kylie Minogue, dan Michael Bublé.
Menerusi Instagram Stories, Siti meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas penghormatan ini, yang sekali gus mengangkat keunikan muzik Nusantara ke persada dunia.
The King’s Music Room dihasilkan khusus sempena sambutan Hari Komanwel, mempersembahkan karya seni terbaik dari negara anggota.