Malaysia
Laluan ke Gua Musang sesak hingga pagi Jumaat

Aliran trafik di beberapa jalan utama di Gua Musang sesak hingga 9 pagi ini berikutan orang ramai pulang menyambut Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo, memaklumkan bahawa kesesakan berlaku terutamanya di sempadan Gua Musang-Kuala Lipis, kawasan ‘bottle neck’ sepanjang lima kilometer, akibat pertambahan kenderaan dari Kuala Lumpur.
Laluan yang menyempit daripada dua lorong ke satu lorong menjadi punca utama kesesakan.
Namun, polis menjalankan penyuraian trafik secara berkala bagi mengurangkan masalah ini.