Dunia

Lama tersadai, Jet F-35B Britain akhirnya berlepas dari India

Sebuah jet pejuang F-35B milik Tentera Udara Diraja Britain yang terkandas lebih sebulan di India akhirnya berjaya diterbangkan semula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Thiruvananthapuram.

Jet canggih bernilai kira-kira RM495 juta itu sebelum ini terpaksa mendarat cemas pada 14 Jun akibat cuaca buruk ketika menjalankan misi di Laut Arab.

Masalah teknikal melibatkan sistem hidraulik dan unit kuasa tambahan menyebabkan ia tidak dapat kembali ke kapal induk HMS Prince of Wales.

Pesawat berkenaan hanya dapat dibaiki selepas pasukan jurutera Britain tiba pada 6 Julai bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pemeriksaan keselamatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker