Langkah perundangan tangani sindiket scammer, akaun keldai tumpuan Dewan Rakyat

Kuala Lumpur, Oct 14 – Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini membincangkan kesediaan kerajaan madani untuk meminda undang-undang bagi menangani sindiket scammer yang sering berleluasa baru-baru ini.
Menerusi sidang Dewan Rakyat hari ini, ahli parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong, mengajukan soalan usaha kerajaan menangani sindiket scammer yang menumpukan penggunaan akaun syarikat sebagai akaun keldai bagi menjalankan aktiviti haram.
Katanya, perkara ini berlaku susulan pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) kepada Perdana Menteri pada sesi jawab lisan.
Difahamkan, kes akaun keldai dalam negara meningkat sebanyak 14 peratus berdasarkan data dan analisis daripada Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang menyokong akses kepada data berkaitan akaun keldai daripada seluruh industri kewangan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Ogos lalu.
Susulan itu, Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) menghasilkan protokol pengendalian akaun keldai membantu institusi kewangan mengklasifikasikan akaun keldai dengan lebih tepat.