
Kuala Lumpur,Sept 6 – Lanskap dan sentimen politik berubah demi kepentingan negara sejak Pilihanraya Umum ke-15 (PRU 15), dan bukan macam dahulu dimana UMNO bersaing dengan DAP dan PKR untuk bertahun-tahun,kata Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muzaffar Gulam Mustakim.
Katanya, sejak Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 di situlah lanskap politik dalam negara berubah, kerana biasanya Presiden UMNO yang akan bertanding dan menjadi Perdana Menteri tetapi kali ini ditadbir oleh kerajaan campuran dengan majoriti yang tertinggi.
Datuk Gulam turut berkata pada masa datang, parti politik tidak mungkin dapat mendirikan kerajaan sendiri tanpa sokongan parti yang lain